bukan mcm semalam,
bukan mcm kelmarin,
atau bukan macam 6 atau 7 hari lepas.
hari ni lain.hari ni aku tercelik mata sekejap.
kenapa?
sebab aku jumpe dua orang kawan baru dekat sana.bukan tak pernah kenal,
tapi baru nak bercerita lanjut tentang perihal masing-masing.
taklah menarik sangat pun,mereka pun biasa,
sama macam aku,
kerja tempat sama,
balik kerja jam yang sama,
naiik bas u30,or metro79 kalau balik kerja,
cuma destinasi yang berbeza-beza selepas itu.
dan disitulah perbezaannya antara kami
kau dengan kisah hidup kau
aku dengan perihal hidup aku.
berbeza,
mengetahui impian,cita-cita mereka yang sebenarnya,
tapi mungkin dihad atau dihalang oleh keadaan.
impian terhenti kerana adik-adik yang ramai.
bantu mak dan bapak katanya.
aduhai,
hebat nya kau,tolak cita-cita demi yang lain.
"belajar selagi boleh,berjaya.."
aku simpan kata-kata tadi
jangan sekali mengeluh.
"bersyukurlah dapat belajar,teruskan je"
mungkin ayat-ayat ni sudah tipikal,
dan barangkali ini reaksi kita "eh kau.sedap-sedap je cakap,bukan belajar pun"
tapi bila dihambur sendiri oleh mereka ini,
yang tak senasib dengan kita yang masih boleh dan mampu mentelaah ini,
dan mereka yang tersangat mahu berada di tempat kita,
ia satu yang berharga.
simpan ia.
teruskan,
insyaallah
ianya kemas dalam genggamanmu =]